Cuaca panas: Jangan terdedah terlalu lama di bawah matahari terik

Iklan
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak terdedah terlalu lama di bawah matahari terik bagi mengelakkan risiko mengalami strok haba.

ALOR SETAR - Orang ramai dinasihatkan untuk tidak terdedah terlalu lama di bawah matahari terik bagi mengelakkan risiko mengalami strok haba berikutan cuaca panas yang melanda negeri ini pada masa kini.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo memaklumkan, ketika ini, suhu didapati memiliki tahap kepanasan paling tinggi di negeri ini sekitar jam 1 hingga 4 petang.

Iklan
Iklan

"Jadi, kita minta orang ramai tidak melakukan aktiviti misalnya bersukan di bawah matahari yang terik terutamanya ketika suhu yang tinggi.

"Kita harap orang awam yang ingin melakukan aktiviti di luar untuk tunggu sehingga suhu lebih rendah ataupun melakukan pada sebelah pagi atau malam,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pada Isnin.

Iklan
Dr Othman (tengah) pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran PICKids di HSB, Alor Setar pada Isnin.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta memberi saranan untuk mengelakkan serangan strok haba berikutan cuaca panas yang melanda negeri ini.

Tambah beliau, penduduk juga digalakkan meminum air kosong dengan banyak disebabkan cuaca panas di Kedah bagi mengelakkan serangan strok haba.

Iklan

Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz sebelum ini berkata, cuaca panas yang melanda negeri ini sejak awal tahun ini dijangka berlarutan sehingga hujung Mac atau awal April depan.

Katanya, Kedah kini berada di fasa kedua Monsun Timur Laut iaitu secara amnya negeri di bahagian utara semenanjung akan mengalami cuaca kering.