Bebaskan Fawaz!

Iklan
Fawaz diculik sejak empat bulan lalu ketika pulang dari sekolah. - Foto: Agensi

DAMSYIK - Komuniti dan kumpulan aktivis di rantau Arab kini menggesa usaha segera dilancarkan untuk membebaskan kanak-kanak Syria, Fawaz al-Qatifan setelah insiden penculikannya turut menjadi trending ketika misi menyelamat Rayan Awram yang terperangkap selama lima hari selepas terjatuh dalam telaga sedalam 32 meter di Maghribi giat dijalankan pada Sabtu lalu.

Fawaz dari perkampungan Ibta'a, wilayah Daraa di selatan Damsyik diculik ketika mangsa pulang dari sekolah pada November 2021.

Iklan
Iklan

Kisahnya mula mendapat perhatian di media sosial malah hashtag #SaveFawaz dan #Save_Ibta'a_Child digunakan secara meluas setelah sebuah rakaman video memaparkan keadaannya dalam keadaan menyayat hati didera tanpa perikemanusiaan menjadi tular.

"Demi Tuhan, tolong jangan pukul saya!' rayu kanak-kanak tersebut yang hanya dibiarkan berseluar dalam oleh penculiknya.

Iklan

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) memaklumkan penculik tidak berhati perut itu dilaporkan turut menghantar beberapa video lain kepada kedua-dua ibu bapanya untuk menuntut wang tebusan berjumlah 500 juta pound Syria (RM832,226).

Keluarga kanak-kanak berusia enam tahun itu turut mengesahkan kejadian penculikan tersebut dan mendakwa penculik berkenaan sengaja memberi tekanan kepada mereka hingga memaksa bapanya mengumpulkan wang tebusan dalam tempoh singkat.

Iklan

"Kami sedang cuba mendapatkan wang itu. Pihak lain tidak perlu untuk membantu kami mengumpulkan dana tersebut. Kami hanya akan meminta bantuan jika diperlukan," jelas bapanya menerusi Facebook.

Menurut bapa saudaranya, penculik tersebut memberikan tempoh sehingga Rabu ini untuk mendapatkan wang tebusan berkenaan dan mereka turut mengugut untuk memotong jarinya jika gagal berbuat demikian. - Agensi