‘Terima kasih atas ucapan takziah’

Iklan
Shahrir Abdul Samad

SHAH ALAM – Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kenalan yang telah menyampaikan ucapan takziah atas pemergian ibunya, Allahyarhamah Rashidah Othman.

Menerusi hantaran di Facebooknya pada Isnin, Shahrir berkata, beliau sekeluarga tidak mungkin dapat membalas semua pesanan yang diterima.

Iklan
Iklan

"Atas berkat ingatan, ucapan dan iringan doa daripada sahabat rakan kenalan sekalian, pengebumian Allahyarhamah telah sempurna diurus di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum masuknya waktu Asar (pada Ahad).

"Kami ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pihak hospital universiti, pengendalian 999, Badan Khairat Kematian Masjid Kolej Islam, Masjid Kolej Islam, Jabatan Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pengurusan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kerana membantu menguruskan segala-galanya sehingga sempurna,” katanya.

Iklan
Iklan

Allahyarhamah Rashidah, 94, sebelum ini dilapor meninggal dunia pada awal pagi Ahad di rumahnya kerana sakit tua.