[VIDEO] PRN Johor boleh diteruskan: Khairy

Iklan
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang media status terkini kes penularan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA- [DIKEMASKINI] Meskipun negara merekodkan lonjakan kes susulan jangkitan varian Omicron, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diteruskan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pendirian itu dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandangkan Omicron tidak menunjukkan kesan teruk selepas dijangkiti berbanding Delta.

Iklan
Iklan

"Saya dan KKM telah memuktamadkan syor prosedur operasi standard (SOP) dan telah kemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta seterusnya ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.

Menurutnya, SOP PRN Johor akan diumumkan kelak selepas ia dimuktamadkan sepenuhnya.

Iklan

"PRN Johor boleh diteruskan tetapi dengan SOP yang diumumkan kelak," katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya pada Isnin.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Iklan

Dewan Negeri Johor (DUN) Johor dibubar pada 22 Januari lalu bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu yang mana kerajaan Johor memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 di blok pembangkang.