Ini jawapan Rasulullah SAW mengenai perlukah mengaji menghadap kiblat

Iklan

USAI menunaikan solat fardu, Razak mencapai al-Quran untuk membacanya. Alang-alang sudah ada wuduk, tiada salah untuknya terus mengaji.

Ketika hendak mula mengaji, tiba-tiba di benaknya terfikir;"Perlu ke aku baca al-Quran menghadap kiblat?"

Iklan
Iklan

Barangkali bukan sahaja Razak, tetapi ramai lagi di antara kita tertanya-tanya tentang jawapan kepada persoalan ini, bukan?

Menjawabnya, Imam al-Nawawi dalam al-Tibyan fi Adab hamalatil Quran mengulas tentang adab-adab semasa membaca al-Quran.

Iklan

Antara adab-adabnya adalah digalakkan bagi orang yang membaca al-Quran di luar solat untuk menghadap kiblat.

Ia banyak disebut dalam hadis Rasulullah SAW.

Iklan

Antara hadis berkaitan, sabda Rasulullah SAW:"Sebaik-baik majlis adalah yang menghadap kiblat." (Riwayat Al-Tabari dalam Tahzib al-Athar)

Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu ada kemuliaannya, dan semulia-mulia majlis adalah yang menghadap kiblat.” (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak)

Selain itu, di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah (4/76) menyebut: Para fuqaha’ telah mentaqrirkan bahawa arah kiblat ialah semulia-mulia arah."

Justeru, walaupun perkara ini sunat, sayugia dilakukan sebagai mengikut arahan Nabi SAW agar kita menghadap kiblat kerana ia semulia-mulia arah.

Marilah sama-sama kita menghadap kiblat ketika membaca al-Quran.

Semoga ia memberi manfaat kepada kita.

(Sumber: Al-Kafi #1156: Sunatkah Menghadap Kiblat Ketika Baca al-Quran?, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)