ESSCom pertingkat kerjasama operasi dan kawalan di ESSZone

Iklan
Hamzah (tengah) ketika sesi kunjungan hormat di Pejabat ESSCom di Lahad Datu, pada Isnin.

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengukuhkan operasi dan kawalan keselamatan supaya lebih efektif melalui kerjasama strategik antara agensi di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Usaha ini untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan di Sabah.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan ESSCom, perkara itu adalah antara intipati perbincangan ketika sesi kunjungan hormat terhadap Komander ESSCom, Deputi Komisioner Hamzah Ahmad oleh Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah; Komander Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2), Brigedier Jeneral Abdul Karim Ahmad dan Panglima 13 Briged Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Suhaimi Shamsudin di pejabat ESSCom Lahad Datu, pada Isnin.

Kunjungan hormat itu mengeratkan hubungan sesama agensi sekali gus sebagai sesi perbincangan meliputi perancangan dalam aspek atur gerak operasi dan logistik serta perkongsian idea bagi meningkatkan keupayaan semua agensi keselamatan yang beroperasi di pantai timur Sabah.

Iklan

Di samping itu, cadangan pelaksanaan operasi gabungan dan latihan bersama melibatkan pasukan khas antara agensi dalam kawasan ESSZone turut dibincangkan.

Sebelum itu, delegasi diberikan taklimat perisikan berhubung perkembangan situasi keselamatan pantai timur Sabah.

Iklan

Hadir sama dalam sesi kunjungan hormat itu adalah Ketua-Ketua Staf ESSCom dan pegawai kanan daripada agensi terlibat.