Pencipta AstraZeneca, GAVI terima Hadiah Keamanan Sunhak 2022

Iklan
Sarah Gilbert - Foto University of Oxford

SHAH ALAM - Saintis yang menjadi tulang belakang kepada penciptaan vaksin Covid-19, AstraZeneca, Profesor Sarah Gilbert dan organisasi kesihatan, Pakatan Vaksin Global (GAVI) diumumkan sebagai penerima Hadiah Keamanan Sunhak 2022.

Ahli Jawatankuasa Yayasan Anugerah Keamanan Sunhak, Dr Yun Young-ho berkata, pengiktirafan tersebut diberikan atas sumbangan signifikan yang diberikan mereka dalam membantu dunia menghadapi pandemik Covid-19.

Young-ho ketika berucap pada acara pengumuman Hadiah Keamanan Sunhak 2022 yang diadakan secara maya, pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Apabila kita melihat hasil kerja Profesor Sarah Gilbert, beliau telah melakukan kajian terhadap vaksin AstraZeneca dan menyediakan pada harga asas tanpa sebarang keuntungan supaya semua orang boleh mendapatkannya.

"Beliau faham vaksin adalah hak asasi manusia. Begitu juga dengan GAVI. Organisasi ini telah melakukan usaha yang hebat untuk menyediakan vaksin kepada negara yang memerlukan,” katanya ketika acara pengumuman Hadiah Keamanan Sunhak 2022 yang diadakan secara maya, pada Isnin.

Iklan

Dalam pada itu, acara tersebut turut mengumumkan pemenang anugerah Kehormat Khas Pengasas Hadiah Keamanan Sunhak 2022 kepada Perdana Menteri Kemboja yang juga Pengerusi ASEAN, Samdech Techo Hun Sen.

Young-ho berkata, pengiktirafan terhadap Hun Sen itu diberikan atas usaha pemimpin tersebut dalam memajukan penyatuan secara aman semenanjung Korea dan pada masa sama turut membawa keamanan kepada rantau asia pasifik serta asia tenggara.

Iklan

Hadiah wang tunai, pingat dan plak Anugerah Keamanan itu akan disampaikan semasa Sidang Kemuncak Keamanan di Semenanjung Korea 2022 anjuran Universal Peace Federation (UPF) dan Kerajaan Diraja Kemboja yang akan diadakan di Korea Selatan pada 12 Februari ini.

Anugerah Keamanan Sunhak yang diadakan secara dwitahunan bermula pada 2013 memberi penghormatan kepada individu atau organisasi yang menunjukkan perkhidmatan luar biasa kepada keamanan dan kesejahteraan global dalam satu daripada tiga bidang iaitu pembangunan manusia mapan, penyelesaian konflik atau pemuliharaan ekologi.

Antara individu pernah memenangi Hadiah Keamanan Sunhak ialah bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban-Ki Moon, Ban Ki Moon dan Presiden Kumpulan Bank Pembangunan Afrika, Akinwumi Ayodeji Adesina.

Dalam pada itu, Young-ho yang juga Ketua Pengarah UPF memaklumkan persidangan kemuncak penyatuan semenanjung korea itu akan membabitkan pelbagai sesi dan program yang telah disediakan berkaitan usaha penyatuan kawasan tersebut..

Katanya, antara individu hadir ialah Hun Sen yang juga merupakan Pengerusi Bersama sidang tersebut, Ki Moon dan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.