Lelaki maut, putus kaki selepas digilis

Iklan
Perodua Bezza dipandu anggota tentera remuk di bahagian kanan selepas dilanggar jip hingga menyebabkan keretanya berpusing beberapa kali.

BEHRANG - [DIKEMASKINI] Seorang penunggang motosikal putus kaki kanan maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 120 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur, semalam.

Mangsa, R Chandran, 49, yang juga pekerja kontraktor lebuh raya disahkan maut dalam kejadian kira -kira jam 8.30 malam itu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero, Perodua Bezza dan motosikal Honda C100.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa gagal memotong sebuah kenderaan sebelum merempuh SUV dari arah bertentangan.

Iklan

"Jip yang dipandu pesara polis berusia 63 tahun dalam perjalanan dari Behrang 2020 menuju ke Tanjung Malim manakala anggota tentera berusia 29 tahun yang memandu Perodua Bezza dalam perjalanan ke arah Ipoh.

Perodua Bezza dipandu anggota tentera remuk di bahagian kanan selepas dilanggar jip hingga menyebabkan keretanya berpusing beberapa kali.

"Tiba di tempat kejadian, anggota tentera terbabit melihat mangsa yang menunggang motosikal di hadapannya cuba memotong kereta lain tetapi gagal lalu menyebabkan pelanggaran dengan jip dari arah hadapan," katanya.

Iklan

Wan Kamarul Azran berkata, akibat kemalangan itu mangsa tercampak ke hadapan lalu digilis kereta terbabit dan mayatnya dibawa ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

"Kemalangan itu juga menyebabkan kereta anggota berkenaan berpusing selepas bergesel dengan jip tersebut. Bagaimanapun, kedua-dua pemandu terbabit tidak mengalami kecederaan.

"Kenderaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim untuk pemeriksaan Puspakom manakala, darah mangsa dihantar ke Jabatan Kimia, Ipoh untuk siasatan lanjut kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.