Latif Romly kini bergelar Datuk

Iklan
Abdul Latif ketika menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. - Foto Majlis Sukan Negara

JAGUH para negara, Abdul Latif Romly menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk dalam satu Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan pada Selasa.

Berita itu dikongsikan menerusi laman sosial rasmi Majlis Sukan Negara (MSN) sebentar tadi.

Iklan
Iklan

"Tahniah!!! Datuk. Atlet para olahraga, Abdul Latif Romly terima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk."

Pengiktirafan itu sudah tentu membawa 1,001 makna buat Abdul Latif yang muncul atlet para pertama meraih emas dalam dua temasya Paralimpik berturut-turut dalam acara lompat jauh (T20).

Iklan

Pada edisi 2016 di Rio, anak jati Kampung Paya Kelubi, Perlis itu menghadiahkan pingat emas dengan rekod lompatan sejauh 7.60 meter (m), sekali gus mencipta rekod baharu dunia.

Pada temasya Paralimpik Tokyo 2020, atlet berusia 24 tahun itu berjaya mempertahankan pingat emas dengan lompatan sejauh 7.45m.

Iklan

Selain Abdul Latif, turut menerima darjah kebesaran sama, bekas atlet terjun negara, Leong Mun Yee.

Mun Yee dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. - Foto Majlis Sukan Negara

"Awesome!!! Datuk @AngelaLeong. Bekas atlet terjun negara @AngelaLeong terima pingat Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran Datuk," kongsi MSN di akaun Facebooknya.