Gempa Lombok: Dua disahkan maut, tujuh cedera, 13 selamat

Iklan
Gempa Lompok telah memusnahkan ratusan rumah.

PUTRAJAYA - Kementerian Luar mengesahkan dua warga Malaysia, Datin Tai Siew Kim dan Lim Sai Wah terkorban dalam bencana gempa bumi berskala 5.8 Richter yang melanda Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia, semalam.

"Sehingga kini, tujuh warga Malaysia yang mengalami kecederaan sedang menerima rawatan di hospital tempatan dan 13 orang lagi dilaporkan selamat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua mereka dilaporkan berada di Air Terjun Tiu Kelep Senaru, Lombok Utara semasa bencana tersebut melanda.

Pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta kini berada di Lombok bagi memantau keadaan dan membantu mangsa.

Iklan

"Warganegara Malaysia yang terjejas akibat bencana disarankan menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian +62 813 8081 3036.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempa Lombok: Seorang rakyat kita maut, 6 hilang - Wisma Putra

Iklan

Warganegara Malaysia yang berada di Indonesia atau ingin merancang perjalanan ke negara ini juga dinasihatkan mendaftar dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia melalui pautan https://goo.gl/ixYVfy," katanya.