Perkeso sedia sistem insuran pekerjaan individu bukan pencarum

Iklan
Nora (kiri) menunjukkan aplikasi Prihatin Perkeso yang boleh dimuat turun melalui telefon bimbit.

KOTA BHARU - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memperkenalkan program Sistem Insuran Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan (SIP EMP+) untuk individu yang bukan pencarum dengan badan berkenaan.

Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata, selain itu, SIP EMP+ disasarkan kepada mereka yang belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan Perkeso selepas 1 Jun 2021.

Iklan
Iklan

Menurutnya, SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini merupakan penambahbaikan kepada program SIP Prihatin 2.0 yang berakhir pada Disember 2021.

"SIP EMP+ adalah bantuan kewangan diberikan kepada individu bukan pencarum Perkeso yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan terutamanya mereka yang bekerja dalam sektor tidak formal yang terkesan akibat krisis Covid-19.

Iklan

"Ia juga mengandungi insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) untuk individu yang layak menghadiri temuduga dan juga Elaun Persediaan Bekerja (EPB) sekiranya mereka telah kembali bekerja," katanya kepada Sinar Harian di pejabatnya di sini pada Selasa.

Menurutnya, permohonan SIP EMP+ kepada bukan pencarum bermula 1 Januari sehingga 31 Disember 2022 yang boleh dilakukan melalui aplikasi Prihatin Perkeso yang dimuat turun melalui telefon bimbit masing-masing.

Iklan

Beliau berkata, tempoh aktiviti pencarian pekerjaan adalah selama empat bulan yang bermula sebaik sahaja permohonan dikemukakan dan yang layak akan menerima bantuan RM300 sebulan untuk tempoh tiga bulan sahaja.

"Bayaran keempat bagi EPB akan dilaksanakan sekiranya pemohon telah berjaya ditempatkan ke dalam pekerjaan dalam tempoh empat bulan daripada tarikh permohonan dikemukakan," katanya.