Seramai 21,902 atau 12 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negeri ini telah mendaftar untuk menerima vaksin tersebut di mana jumlah itu amat rendah berbanding sasaran dengan 124,206 kanak-kanak yang ditetapkan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Justeru ibu bapa diminta untuk segera mendaftar anak masing-masing untuk penerimaan vaksin bagi melindungi anak mereka daripada jangkitan pandemik Covid-19.
PICKids Terengganu
Iklan