Kebajikan pekerja swasta khidmat sokongan di hospital akan dibela

Iklan
Khairy (dua dari kiri) menerima memorandum daripada Roziah di Kementerian Kesihatan, Putrajaya pada Selasa. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan akan memastikan kebajikan pekerja swasta perkhidmatan sokongan di hospital kerajaan terbela kerana mereka juga adalah petugas barisan hadapan dalam memerangi pandemik Covid-19 di negara ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, meskipun pekerja swasta itu di bawah tanggungjawab syarikat konsesi masing-masing, kebajikan mereka tetap tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan
Iklan

"Saya beri komitmen dan akan usahakan kebajikan mereka (pekerja sokongan) ini kerana mereka juga frontliner (petugas barisan hadapan) yang membantu negara.

"Pekerja sokongan ini banyak bantu (KKM) mengurus pandemik Covid-19, jangan pandang rendah perjuangan mereka,” katanya selepas menerima memorandum daripada Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia di sini pada Selasa.

Iklan

Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusinya, Roziah Mohd Hashim, yang antara lain menuntut elaun Covid-19 diberikan kepada semua pekerja sokongan di hospital kerajaan dan menghapuskan sistem kontrak.

Khairy berkata, tuntutan dalam memorandum tersebut akan diteliti secara komprehensif dan beliau akan mengadakan pertemuan dengan syarikat konsesi bagi memahami dengan lebih mendalam isu yang dibangkitkan oleh kesatuan.

Iklan

Sementara itu, Roziah melahirkan rasa syukur kerana Khairy menyatakan komitmennya untuk meneliti segala tuntutan yang dibuat oleh kesatuan.

"Saya berterima kasih kepada menteri kerana sudi luangkan masa mendengar isu berkaitan pekerja perkhidmatan sokongan di hospital kerajaan,” katanya. - Bernama