39 bot penumpang ditahan dalam Op Tahun Baharu Cina

Iklan
39 bot penumpang ditahan kerana pelbagai kesalahan sepanjang operasi yang diadakan bermula Januari lalu. (Gambar kecil: Shamsol)

GEORGETOWN - Pasukan Polis Marin Wilayah Satu menahan 39 bot penumpang sepanjang operasi khas sempena Tahun Baharu Cina, bermula 21 Januari hingga Isnin.

Komandernya, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, pemeriksaan melibatkan bot penumpang di sekitar perairan Langkawi; Perak, Pulau Pinang dan Selangor itu bagi meningkatkan kesedaran kepada pengusaha bot terhadap keselamatan penumpang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beberapa kesalahan telah dikenalpasti menyebabkan kesemua bot berkenaan ditahan dan diserahkan kepada Jabatan Laut Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi ini dijalankan ini dalam usaha kita menguatkuasakan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Kita telah mengenalpasti beberapa kesalahan yang dilakukanpengusaha-pengusaha bot penumpang ini, antaranya lesen bot tamat tempoh, tiada memiliki sijil kompentensi (COC) dan tidak memiliki Insurans Penumpang seperti yang disyaratkan oleh Jabatan Laut Malaysia.

Iklan

"Selain itu, ada pengusaha bot beroperasi tanpa lesen yang sah, membawa penumpang melebihi had dibenarkan dan tiada alat keselamatan dan beberapa kesalahan lain," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Katanya lagi, dalam operasi sama, pihaknya juga membuat pemeriksaan terhadap bot pukat tunda yang beroperasi di kawasan perairan Wilayah Satu.

Iklan

"Dalam pemeriksaan itu, kita menahan 52 bot pukat tunda yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Antara kesalahan tersebut adalah menggunakan pekerja asing tanpa kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan menggunakan mata pukat Keroncong bersaiz mata pukat kurang dari 38 milimeter (mm).

"Selain itu, pemilik bot juga didapati tidak mengusaha sendiri, menggunakan bot ikan tanpa permit yang sah atau menggunakan lesen orang lain serta menjalankan aktiviti penundaan di kawasan yang tidak dibenarkan," katanya.

Tambahnya, Pasukan Polis Marin Wilayah Satu akan terus melaksanakan operasi di seluruh kawasan untuk membanteras sebagai kegiatan yang menyalahi undang-undang.