'UMNO semakin terdesak, dipimpin kluster mahkamah'

Iklan
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan. - Foto Bernama

SHAH ALAM- Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa tindakan UMNO untuk membunuh karakter Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah sebagai tindakan terdesak.

Menurut Wan Saiful, pelbagai tohmahan dilontarkan bagi menidakkan kejayaan Muhyiddin mentadbir negara ketika menjadi Perdana Menteri kerana UMNO dipimpin oleh kluster mahkamah.

Iklan
Iklan

"Mereka mahu menghapuskan sejarah kecekapan Tan Sri Muhyiddin mengemudi negara semasa krisis. Dan terkini, mereka juga seperti mahu membunuh karakter Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

"Semasa Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, krisis macam mana pun, kita cekap dalam mentadbir, kita efektif dalam membendung wabak Covid-19. Kita kekal dengan komitmen dalam membangunkan ekonomi negara supaya rakyat dapat dijaga kebajikan,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Iklan

Mengulas lanjut, Wan Saiful turut memberi amaran kepada UMNO agar tidak bertindak terlalu di luar batas kerana kesabaran Perikatan Nasional (PN) mempunyai hadnya.

"Saya nak bagi amaran kepada kawan-kawan dalam UMNO, kesabaran kita ada had. Jangan mahu menguji bukan-bukan.

Iklan

"Kita boleh dedahkan pelbagai perkara yang membabitkan kepincangan-kepincangan yang dilakukan pemimpin UMNO semasa memerintah dahulu atau yang cuba dilakukan pemimpin kali ini,” ujarnya.