Peluang rakyat luah masalah secara bersemuka

Iklan
Saarani (dua dari kanan) mendengar penuh teliti masalah yang dibangkitkan rakyat ketika Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2022 di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada Selasa.

IPOH - Pelaksanaan Hari Bertemu Pelanggan oleh kerajaan Perak memberi peluang kepada rakyat menyampaikan terus masalah mereka kepada menteri besar dan barisan Exco kerajaan negeri secara bersemuka.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, menerusi program tersebut, aduan atau masalah yang diterima banyak berkisar mengenai isu berkaitan urusan tanah, kewarganegaraan dan pelbagai permohonan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua aduan dan masalah yang dikemukakan tersebut disalurkan kepada agensi berkaitan untuk penyelesaian segera.

"Dalam program yang diadakan hari ini (Selasa), seramai 562 orang hadir dan 176 daripadanya bertemu secara bersemuka dengan anggota kerajaan bagi menyatakan masalah dan aduan yang dihadapi manakala yang lain mereka selesaikan di kaunter yang disediakan.

Iklan

"Langkah ini sejajar dengan komitmen kerajaan negeri untuk merakyatkan sistem penyampaian awam supaya perkhidmatan yang diberi sentiasa melangkaui jangkauan dan harapan rakyat," katanya kepada pemberita selepas Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2022 di Stadium Indera Mulia di sini pada Selasa.

Saarani berkata, program tersebut akan diteruskan pada hari Selasa minggu kedua setiap bulan di lokasi yang sama untuk memberi kesempatan dan peluang kepada lebih ramai rakyat Perak hadir bersemuka sendiri dengan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Iklan

Menurutnya, pada program kali ini, sebanyak 151 jabatan dan agensi kerajaan di Perak merangkumi 110 kaunter khidmat pelanggan, 33 booth pameran dan lapan perkhidmatan bergerak.

Beliau berkata, terdapat beberapa masalah yang berjaya diselesaikan terus terutama melibatkan permohonan serta implikasi kewangan kecil kerana penting seperti masalah banjir, longkang dan sebagainya.

"Orang teruja untuk datang walaupun masalah tak dapat diselesaikan hari ini, tetapi mereka dapat meluahkan perasaan, aduan dan rintihan. Itu sebahagian cara untuk meredakan keresahan rakyat.

"Kita setuju untuk laksanakan secara berterusan setiap Selasa minggu kedua setiap bulan supaya rakyat dapat meluahkan masalah dan sekurang-kurangnya kita tahu apa yang berlaku di bawah sana," katanya.

Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak berlangsung selama tiga jam bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari di Stadium Indera Mulia di sini yang diadakan mengikut norma baharu.