Cuaca panas yang melanda Kedah ketika ini boleh mengundang bahaya strok haba jika terdedah terlalu lama di kawasan panas.
Justeru, orang ramai yang ingin melakukan aktiviti di luar dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti di bawah panas terik sebaliknya menunggu sehingga suhu lebih rendah ataupun melakukan aktiviti pada sebelah pagi atau malam. Suhu panas ini juga dijangka boleh mencecah sehingga 36 darjah Celcius pada Mac ini.