'Penyeksaan' buaya tersangkut tayar berakhir

Iklan
Tili turut dibantu beberapa penduduk setempat sebelum melepaskan semula buaya tersebut ke sungai di Palu, Sulawesi Tengah pada Isnin. - Foto AFP

PALU - 'Penyeksaan' selama lebih lima tahun yang dihadapi seekor buaya di Indonesia sudah berakhir.

Reptilia itu akhirnya berjaya diselamatkan malah tayar yang tersangkut pada lehernya juga dikeluarkan sebelum dilepaskan semula, menurut pihak berkuasa pada Selasa.

Iklan
Iklan

Seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Tili, 34, dilaporkan telah menjerat haiwan gergasi sepanjang 5.2 meter itu pada lewat Isnin selepas ia sering dilihat di Sungai Palu di Sulawesi Tengah.

Menurutnya, dia menggunakan ayam sebagai umpan dan menggunakan tali nilon untuk menangkapnya setelah usaha itu dilakukan sejak tiga minggu lalu.

Iklan

"Saya hanya mahu membantu buaya tersebut kerana kasihan melihat keadaannya," katanya yang turut dibantu beberapa penduduk lain untuk mengheret buaya berkenaan dan memotong tayar yang tersangkut di lehernya.

Difahamkan, Tili pernah gagal dalam dua cubaan pertama sebelum ini kerana tali yang digunakannya tidak cukup kuat.

Iklan

Sementara itu, agensi pemuliharaan percaya mungkin ada individu sengaja memasukkan tayar tersebut ketika cuba memerangkap buaya berkenaan untuk dijadikan haiwan peliharaan.

"Ia adalah hari yang bersejarah buat kami kerana buaya itu akhirnya berjaya diselamatkan. Kami menghargai penduduk setempat yang menunjukkan keprihatinan terhadap haiwan liar," kata Ketua Agensi Pemuliharaan, Hasmuni Hasmar.

Reptilia itu pernah mendapat perhatian ramai pada 2020 setelah kerajaan tempatan berjanji untuk memberikan ganjaran kepada mana-mana individu yang dapat menangkap dan mengeluarkan tayar yang terperangkap pada lehernya.

Bagaimanapun, tawaran itu dibatalkan kerana bimbang ia mungkin membahayakan nyawa orang ramai.

Tetapi, agensi pemuliharaan mengesahkan Tili bakal menerima ganjaran yang dijanjikan itu kerana usahanya menyelamatkan haiwan liar berkenaan. - AFP