Perlu ikut kehendak Arab Saudi wajibkan dos penggalak: Idris

Iklan
Idris - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Prosedur operasi standard (SOP) baharu yang mewajibkan pengambilan dos penggalak ke atas jemaah umrah Malaysia adalah berdasarkan kepada kehendak Kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

"Dos penggalak adalah salah satu kehendak (kerajaan) Saudi ke atas jemaah umrah. Mereka ada mengeluarkan circular (pekeliling), jadi kita kena ikut.

Iklan
Iklan

"Pintu untuk ke Tanah Suci dah dibuka mulai hari ini. Jadi jemaah kita kena ikut syarat yang ditetapkan untuk ke sana," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Usrah Anak Muda anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Radio Zayan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), di sini pada Selasa.

Mengenai data terkini bakal jemaah umrah yang telah menerima dos penggalak, Idris berkata pihaknya tidak mempunyai data berkenaan.

Iklan

Katanya statistik mengenai bakal jemaah umrah Malaysia yang sudah menerima suntikan dos penggalak ada pada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya kerana urusan SOP umrah itu adalah di bawah kementerian itu. - Bernama

Iklan