559 mangsa banjir di Sabah masih di PPS

Iklan
Seramai 559 mangsa banjir melibatkan 183 keluarga masih berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Pitas, setakat jam 8 pagi Rabu. - Gambar hiasan

KOTA KINABALU - Seramai 559 mangsa banjir melibatkan 183 keluarga masih berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Pitas, setakat jam 8 pagi Rabu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan dua PPS itu ialah Dewan Kampung Kusilad yang menempatkan 49 mangsa daripada 13 keluarga, manakala Dewan Kampung Sinukab menempatkan 510 mangsa daripada 170 keluarga.

Iklan
Iklan

Kedua-dua PPS terbabit menempatkan penduduk dari kampung yang masih dinaiki air iaitu Kampung Kusilad, Kampung Desa Seberang, Kampung Kanibongan, Kampung Boribi dan Kampung Untang-Untang/Mulung Kulung. - Bernama