'Kalau keliru nak buat pilihan, pilih kita sahaja'

Iklan
Dr Zaini

JOHOR BAHRU - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Negeri Johor percaya parti itu masih mempunyai peluang menang meskipun bertanding sebagai blok politik ketiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ahli Majlis Kepimpinan Negeri Pejuang Johor, Dr Zaini Abu Bakar berkata, menjadi ‘kuasa ketiga’ dalam situasi PRN Johor bukan satu masalah tetapi merupakan satu kelebihan berbanding parti-parti lain yang mempunyai gagasan besar.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, ia dilihat daripada ‘mood’ pengundi di Johor yang sehingga kini belum boleh diterjemah serta dianggap keliru kerana keadaan politik semasa masih terumbang-ambing.

"Parti Pejuang ini memang baharu tetapi kita kena tahu yang pengasasnya adalah figura negarawan sudah berusia 97 tahun. Tun Mahathir (Mohamad) merupakan individu yang memang dikenali dan tidak dinafikan mempunyai pengalaman luas.

Iklan

"Pejuang Johor kali ini saya dimaklumkan bertanding 42 kerusi, sebenarnya kita boleh lihat positif dan negatif. Yang positif kita nak beritahu rakyat dalam 42 kerusi ini kalau keliru juga mana nak pilih gajah lawan gajah, pilih kita sahaja.

"Sekarang ini banyak sangat parti, jadi rakyat boleh selesa memilih alternatif ketiga ini (Pejuang), kalau betul tugasnya, kita ada harapan sapu semua kerusi dipertandingkan,” katanya ketika ditemui di sini, pada Rabu.

Iklan

Dr Zaini berkata, Pejuang juga dilihat mempunyai kekuatan sendiri sabagai parti politik lebih stabil kerana mempunyai perinsip selain dinaungi oleh individu berpengalaman luas iaitu Tun Mahathir.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar yang mewakili Barisan Nasional (BN) pada penggal Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berkata, sosok Tun Mahathir juga masih relevan serta boleh mendapatkan keyakinan rakyat sama ada generasi muda atau lebih berusia.

"Saya percaya kita boleh ambil beliau punya pengalaman itu, setiap orang ini ada kebaikan dan kelemahannya tetapi kita orang Islam sendiri perlu percaya dengan kebaikan itu.

"Sekurang-kurangnya beliau ada pengalaman selama 22 tahun, mentadbir negara dan telah memimpin Malaysia daripada negara tidak sekuat kini. Apa pun mesti ada sesuatu yang boleh kita contohi.

"Kita kena ambil apa yang penting sementara beliau masih sihat dan berkhidmat lagi sekarang, saya tidak nafikan yang pasti penyokong Tun Mahathir masih lagi kuat dan ada di seluruh negara,” katanya.