GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa menyatakan bahawa setengah juta kematian telah direkodkan sejak varian Covid-19, Omicron ditemui.
Pengurus Insiden WHO, Abdi Mahamud berkata bahawa 130 juta kes dan 500,000 kematian telah direkodkan di seluruh dunia sejak Omicron diisytiharkan sebagai variasi yang membimbangkan pada akhir November tahun lalu.
Iklan
Iklan
Sejak itu, Omicron dengan cepat mengatasi Delta sebagai varian Covid-19 yang dominan di dunia kerana ia lebih mudah dijangkiti walaupun ia menyebabkan penyakit yang kurang teruk.
"Pada ketika keberkesanan vaksin, setengah juta orang sudah meninggal dunia," kata Abdi pada interaksi yang dilakukan secara langsung menerusi saluran media sosial WHO.
"Walaupun semua orang menyatakan Omicron adalah lebih ringan, (mereka) terlepas maklumat bahawa setengah juta orang telah meninggal dunia," katanya.
Dalam pada itu, Maria van Kerkhove yang mengetuai teknikal mengenai Covid-19 berkata, jumlah kes yang diketahui adalah mengejutkan dan menyatakan jumlah sebenar kes tersebut adalah jauh lebih tinggi. - AFP