Muhyiddin dijangkiti Covid-19

Iklan
Muhyiddin

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didapati positif Covid-19.

Beliau mengesahkan perkara itu menerusi satu hantaran Facebook pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Saya telah didapati positif Covid-19 pagi ini setelah membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

"Alhamdullillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik," katanya.

Iklan

Beliau kini menjalani kuarantin kendiri di rumah mengikut protokal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kepada sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat saya, saya nasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM," katanya.

Iklan

Dalam masa sama, beliau turut memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan beliau dan keluarga.

Pada Selasa Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Antara yang hadir Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin; Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamad; Menteri Pembangunan dan Usawahan Koperasi, Tan Sri Noh Omar; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan Ketua Pengawai Eksekutif Capital A Berhad, Tan Sri Tony Fernandes.

Selain itu, ia turut dihadiri pemberita yang membuat liputan sidang akhbar.