Banjir Sabah: Semua PPS di Pitas ditutup

Iklan
- Gambar hiasan

KOTA KINABALU - Semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di Pitas ditutup sepenuhnya tengah hari Rabu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan, penutupan PPS pada sekitar jam 12 tengah hari Rabu melibatkan dua PPS terakhir iaitu Dewan Kampung Kusilad dan Dewan Kampung Sinukab.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua mangsa berlindung di PPS berkenaan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing berikutan keadaan banjir yang sudah pulih.

Pagi Rabu, kedua-dua PPS itu menempatkan seramai 559 mangsa melibatkan 183 keluarga dari Kampung Kusilad, Kampung Desa Seberang, Kampung Kanibongan, Kampung Boribi dan Kampung Untang-Untang/Mulung Kulung.

Iklan

Petang ini, cuaca diramal cerah di kebanyakan daerah di Sabah termasuk Kota Kinabalu, Pitas dan Kudat. - Bernama

Iklan