DBKL sedia unit kediaman untuk disewa warga kota

Iklan
DBKL mempelawa warga kota yang berkelayakan untuk menyewa unit kediaman dan premis komersial di Residensi Sungai Udang, Segambut.

KUALA LUMPUR - Keluarga berpendapatan antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan boleh memohon untuk menyewa unit kediaman di Residensi Sungai Udang, Segambut di sini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kemas kini di Facebooknya memaklumkan, permohonan dibuka sehingga 21 Februari depan kepada warga kota yang berminat menyewa kemudahan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut DBKL, sebanyak 897 unit kediaman dan 39 premis komersial disediakan bagi tujuan tersebut.

"Sewa bagi unit kediaman adalah RM850 sebulan termasuk yuran penyelenggaraan berserta satu lot parkir manakala sewaan premis antara RM500 hingga RM9,300.

Iklan

"Unit kediaman terdiri tiga bilik tidur dan dua bilik air, kawalan sekuriti 24 jam berserta rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kolam renang, dewan dan surau," menurut hebahan di Facebook DBKL pada Selasa.

Tambah kenyataan itu, lokasi Residensi Sungai Udang hanya 15 minit dari pusat bandar dan satu kilometer (KM) ke stesen komuter Segambut.

Iklan

DBKL berkata, syarat kelayakan permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 18 tahun bagi kategori individu dan telah berkahwin.

"Keutamaan diberikan kepada pemohon yang telah berkeluarga atau ibu dan bapa tunggal atau bujang yang mempunyai tanggungan.

"Pendapatan isi rumah terkumpul RM3,000 hingga RM10,000 sebulan, tiada rekod jenayah, disenarai hitam atau bankrap dan bekerja di Kuala Lumpur," katanya.