PN berpotensi menang menerusi pengundi baharu di PRN Johor

Iklan
Mohd Amar. Foto Sinar Harian

KOTA BHARU - Pas melihat Perikatan Nasional (PN) berpotensi besar untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac depan menerusi pengundi baharu termasuk golongan muda.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pengundi baharu tersebut terdiri daripada golongan muda berusia 18 tahun itu yang baru memasuki senarai daftar pengundi.

Iklan
Iklan

"Ada lebih 700,000 pengundi baharu dengan 150,000 mereka adalah pengundi milenium berusia 18 tahun.

"Mereka biasanya tidak ada ikatan dengan parti dan mengundi mengikut isu, calon serta perkara yang bersifat semasa, Jadi, PN ada banyak potensi di PRN Johor nanti,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di Kota Darul Naim, di sini, pada Rabu.

Iklan

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, perkara itu bagaimanapun bergantung kepada perancangan dan gerak kerja PN untuk meraih undi di kubu kuat UMNO tersebut.

"Pada asasnya keadaan di Johor sama sebagaimana kedudukan UMNO Melaka namun perancangan yang teliti oleh jentera parti mampu memberi potensi besar kepada PN.

Iklan

"Hasil gerak kerja yang lancar berkemungkinan boleh menghasilkan kejutan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Amar berkata, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersetuju untuk mewujudkan jentera bersama bagi menghadapi PRN Johor.

"Berbeza dengan PRN Melaka sebelum ini, jentera kedua-dua parti adalah berasingan termasuk bilik gerakan.

"Kali ini kami wujudkan jawatankuasa bersama supaya tidak timbul perbezaan gerak kerja dan penyelarasan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pengundian bagi PRN Johor ditetapkan pada 12 Mac depan.

Hari penamaan calon pada 26 Februari ini manakala tarikh untuk undi awal ditetapkan pada 8 Mac depan.