GIACC sasar lebih banyak inisiatif NACP selesai tahun ini

Iklan
NACP yang dilancarkan pada 2019 akan berakhir pelaksanaannya pada 2023.

SHAH ALAM - Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) menyasarkan lebih banyak inisiatif Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 dapat selesai dilaksanakan pada tahun ini susulan momentum positif yang ditunjukkan 27 ketua agensi peneraju.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan berkata, setakat 31 Disember 2021, lapan daripada 82 inisiatif yang digariskan dalam Semakan Separuh Penggal NACP berjaya dilaksanakan sehingga peringkat output oleh agensi peneraju.

Iklan
Iklan

Menurutnya, daripada 74 inisiatif yang berbaki, sebanyak 14 inisiatif lagi sedang dalam proses pelaksanaan di peringkat output dan dijangka selesai dilaksanakan sepenuhnya pada pertengahan tahun ini.

"Bagi memastikan lebih banyak inisiatif NACP dapat selesai dilaksanakan sehingga peringkat output pada tahun ini, ketua agensi peneraju dinasihatkan agar memberi fokus pada inisiatif yang mustahak untuk dilaksanakan.

Iklan

"Ia seiring dengan dasar kerajaan ketika ini yang menjurus ke arah pemulihan sektor ekonomi dan sosial negara.

"GIACC yakin sekiranya pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi yang memerlukan perubahan berbentuk pentadbiran dan fokus kepada agenda antirasuah dapat diutamakan, dijangka lebih banyak inisiatif dapat dilaksanakan sehingga peringkat output sebelum pertengahan tahun 2022,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

NACP yang dilancarkan pada 2019 akan berakhir pelaksanaannya pada 2023.

Mohd Sallehhuddin berkata, sebanyak 115 inisiatif digariskan dalam NACP dan daripada jumlah tersebut, 29 inisiatif berjaya dilaksanakan sehingga peringkat output.

"Pada tahun 2021, Semakan Separuh Penggal NACP telah dilaksanakan dengan 82 inisiatif digariskan untuk pelaksanaan.

"Mengambil kira 29 inisiatif yang telah siap pada tahun 2019 sehingga peringkat output dan 82 inisiatif yang sedang dilaksanakan menjadikan keseluruhan 111 inisiatif NACP yang kini dipantau oleh GIACC,” jelasnya.