KUALA TERENGGANU - Tiga warga Kemboja masing-masing dijatuhi hukuman penjara 10 dan lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu selepas mengaku bersalah menceroboh hutan simpan dan memiliki gaharu, 11 Januari lalu.
Tertuduh, Noueun Sokheng, 52; Soeng Sopheap, 52, dan Seur Phakdey, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa dalam bahasa Kemboja di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Iklan
Iklan
Ketiga-tiga mereka didakwa di bawah Seksyen 47 (1) Akta Perhutanan Negara 1984.
Salah seorang tertuduh, Noueun Sokheng berdepan satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 84 (1) akta sama kerana memiliki hasil hutan secara salah.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa memasuki kawasan hutan simpan tanpa memiliki lesen, permit atau apa-apa kebenaran.
Kesalahan itu dilakukan jam 6.30 pagi pada 11 Januari lalu di Kompartmen 492, Hutan Simpan Tembat, Hulu Terengganu.
Pendakwaan kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pandakwa Raya Jabatan Perhutanan Malaysia, Afidatul Azwa Kamarul Anuar.