Tiga skim baharu bantu usahawan Selangor

Iklan
Skim pembiayaan baharu di bawah Hijrah Selangor.

SHAH ALAM - Kerajaan negeri memperkenalkan tiga skim baharu di bawah program Hijrah Selangor bagi membantu usahawan mendapatkan pembiayaan pada tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, skim baharu itu meliputi i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim.

Iklan
Iklan

"Kerajaan negeri memperuntukan RM120 juta kepada Hijrah Selangor untuk membiayai usahawan bagi merancakkan semula ekonomi negeri.

"Usahawan yang belum menyedari skim pembiayaan baharu Hijrah Selangor kini berpeluang mengembangkan perniagaan menerusi skim-skim yang diperkenalkan sejak Oktober lepas.

Iklan

"Inilah manifestasi keazaman kerajaan negeri untuk menyokong perniagaan di Selangor," katanya menerusi kemas kini di Facebook, pada Rabu.

Katanya, i-Lestari merupakan modal tambahan untuk usahawan mengembangkan perniagaan daripada RM51,000 sehingga RM100,000.

Iklan

"I-Agro adalah modal tambahan untuk usahawan pertanian, penternakan dan akuakultur daripada RM1,000 sehingga RM50,000.

"I-Bermusim pula merupakan modal pusingan untuk usahawan perniagaan bermusim seperti bazar Ramadan, bazar perayaan dan gerai buah-buahan bermusim," katanya.

Menurutnya, permohonan bantuan berkenaan boleh dibuat melalui www.hijrahselangor.com.