Kedah nafi kembali bawa masuk Cheng Hoe

Iklan
Cheng Hoe

NAIB juara Liga Super 2021, Kedah Darul Aman (KDA) FC menafikan pasukan itu akan melantik bekas pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe sebagai Pengarah Teknikal menjelang musim baharu Liga Malaysia (Liga-M).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khamal Idris Ali berkata, spekulasi mengaitkan Cheng Hoe yang juga bekas Ketua Jurulatih Kedah dengan skuad Sang Kenari itu, adalah sekadar khabar angin.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, KDA FC yang menyasarkan pencapaian cemerlang pada musim 2022, ketika ini hanya menumpukan kepada persediaan pasukan menghadapi saingan Liga Super yang dijadual bermula awal bulan depan.

"Sekarang adalah waktu dia (Cheng Hoe) untuk berehat, tetapi tahun depan kita belum tahu lagi macam mana.

Iklan

"KDA FC sendiri merasakan perjalanan musim 2022 adalah mencabar, jadi kita kena tumpukan pada pencapaian. Untuk waktu sekarang Cheng Hoe tidak terlibat dengan pasukan,” katanya pada sidang media Majlis Memperkenalkan Penaja dan Rakan Rasmi pasukan bagi musim 2022 di sini, hari ini.

Pada masa sama, Khamal Idris berkata, tiada sebarang tawaran diberikan kepada Cheng Hoe, memandangkan pihaknya tidak mempunyai perancangan untuk membawa masuk jurulatih berusia 53 tahun itu.

Iklan

Pengarah Teknikal KDA FC ketika ini adalah bekas pemain kebangsaan dan kapten pasukan Kedah era 90-an, Muhamad Radhi Mat Din.

Namun Bernama difahamkan bekas jurulatih Kedah, Mustakim Omar bakal dilantik menggantikannya.

Sebagai rekod, Cheng Hoe melepaskan jawatan Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya awal tahun ini, berikutan kegagalan pasukan negara melangkah ke pusingan separuh akhir Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2020 di Singapura, Disember lepas. - Bernama