PTPTN sekali lagi kerjasama dengan Shopee, BESTPay, SpayGlobal

Iklan
Gambar kecil: Ahmad Dusuki

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekali lagi menjalin kerjasama strategik bersama Shopee, BESTPay dan SpayGlobal (SarawakPay) melalui pelaksanaan Kempen Click, Pay & Earn 2022.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, ia merupakan satu inisiatif bagi melaksanakan kempen-kempen yang memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia terutamanya pelanggan dan peminjam PTPTN.

Iklan
Iklan

Jelasnya, kempen tersebut diperkenal bertujuan untuk menggalakkan dan memudahkan peminjam membuat bayaran balik pinjaman secara dalam talian melalui saluran bayaran balik yang disediakan oleh rakan strategik.

"Selain itu, kempen ini juga merupakan salah satu usaha bagi menghargai peminjam PTPTN yang komited membayar balik pinjaman pendidikan mereka walaupun di dalam situasi ekonomi yang mencabar.

Iklan

"Kempen Click, Pay & Earn 2022 ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman menggunakan aplikasi ShopeePay, BESTPay dan SpayGlobal (SarawakPay) dalam tempoh kempen iaitu bermula pada 8 Februari 2022 sehingga 30 April 2022.

"Peminjam PTPTN hanya perlu membuat bayaran balik dengan nilai minimum mengikut saluran dalam tempoh kempen untuk melayakkan peminjam mendapat ganjaran yang ditawarkan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Sebagai ganjaran, Ahmad Dusuki berkata, pelanggan yang membuat bayaran balik pinjaman dalam tempoh kempen berpeluang mendapat baucar diskaun RM5 bagi mereka yang membayar pinjaman minimum RM100 di aplikasi Shopee dan ia tertakluk kepada 30 pengguna terawal setiap hari.

Bagi BESTPay pula, jelasnya, lima kredit BP akan diberikan kepada 30 pembayar terawal yang membuat bayaran balik minimum RM100 semasa slot BESTPay satu jam Happy Hour yang akan berlangsung secara rawak.

"Bagi yang menggunakan SpayGlobal (Sarawak Pay) pula, bayaran minimum hendaklah RM10 untuk mendapatkan baucar RM2. baucar ini diberikan kepada 100 pengguna terawal setiap bulan bagi bayaran balik pinjaman dalam tempoh kempen,” ujarnya.

Tambah beliau, jalinan kerjasama tersebut telah berlangsung sejak tahun 2021 lagi sebagai usaha menggalakkan pelanggan PTPTN menggunakan transaksi tanpa tunai dan pemudah cara membantu peminjam membuat bayaran.

Katanya, melalui kolaborasi itu, jelas menunjukkan komitmen dan kesungguhan PTPTN dalam memperkasakan agenda pendigitalan dan memastikan peminjam PTPTN dapat melaksanakan bayaran balik dengan mudah, cepat dan selamat secara dalam talian di kala pandemik Covid-19 masih lagi melanda negara.

Tambahnya, dengan pelaksanaan ini secara tidak langsung menggalakkan pembayaran balik pinjaman dan memperkasakan perkhidmatan PTPTN ke arah lebih dinamik dan cemerlang melalui pendigitalan selaras dengan Pelan Strategik PTPTN 2021 hingga 2025.

"Sesungguhnya bayaran balik pinjaman yang dibuat oleh para peminjam amat bermakna dan penting demi kelestarian pinjaman PTPTN kepada generasi akan datang,” ujarnya.