Sebulan tinggal dalam kereta selepas dihalau dari rumah sewa

Iklan
Keluarga yang terpaksa tidur dalam kereta selepas dihalau dari rumah sewa.

KUALA LUMPUR - Sebuah keluarga terpaksa tidur dalam kereta sejak sebulan lalu selepas tidak mampu membayar sewa rumah.

Kisah keluarga berkenaan dikongsikan aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang menerusi kemas kini di Facebooknya pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menerusi kemas kini tersebut, dikatakan pasangan suami isteri bersama tiga anak termasuk seorang bayi itu dihalau dari rumah sewa kerana sewa tertunggak selama tiga bulan.

Menurut perkongsian itu, keluarga berkenaan datang bertemu sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) tersebut bagi memohon bantuan.

Iklan

"Mereka tidur dalam kereta sudah satu bulan. Tak ada tempat tinggal. Suami kerja pengawal keselamatan. Gaji dikhabarkan kena tipu.

Bayi yang turut dibawa tidur di dalam kereta.

"Kita tempatkan mereka di hotel dulu, selepas ini akan dicarikan rumah sewa," menurutnya.

Iklan

Chee Heng meluahkan rasa sedih dengan situasi dialami keluarga itu dan akan mencari dana keluarga ini menerusi kentangfund.com.

"Kita perlukan RM4,500 untuk kos sewa dan perkakas rumah. Kita sama-sama sedekah bantu.

" Hubungi saya di 018-2683999 jika ada maklumat rumah sewa antara RM600 hingga RM700 sebulan," katanya.