Zouma terima padah gara-gara tendang kucing

Iklan
Kurt Zouma - Foto AFP

LONDON - Kelab bola sepak West Ham United yang berada dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Rabu mendenda pemainnya dari Perancis, Kurt Zouma setelah dia didapati menganiaya seekor kucingnya.

Bagaimanapun, jumlah denda yang dikenakan itu tidak didedahkan.

Iklan
Iklan

Penaja Zouma, Adidas Giant Sportswear juga telah memutuskan urusannya dengan pemain berusia 27 tahun tersebut selepas satu rakaman video menunjukkan dia menjatuhkan, menendang dan menampar haiwan kesayangannya itu, baru-baru ini.

Organisasi kebajikan haiwan, Persatuan Diraja Untuk Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA) pula menyifatkan video itu sebagai sangat menjengkelkan dan melakukan siasatan berhubung kejadian tersebut bersama dengan polis.

Iklan

Kira-kira 200,000 orang telah menandatangani petisyen dalam talian yang mendesak Zouma didakwa kerana menganiayai binatang.

Menurut kelab tersebut dalam satu kenyataan, Zouma sangat menyesal berikutan kejadian itu. - Agensi

Iklan