Scam guna nama Ketua Polis Pahang untuk menipu

Iklan
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf (kiri) menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan modus operandi terkini oleh 'scammer, yang mengeluarkan notis tangkapan khas palsu.

KUANTAN – Polis Pahang menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan taktik dan modus operandi terbaharu scammer yang menggunakan nama Ketua Polis Pahang bagi tujuan penipuan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, taktik itu dikesan selepas mendapat satu notis tangkapan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui telefon bimbitnya pada malam Rabu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat arahan untuk membuat tangkapan temasuk notis kehadiran suspek mahu pun memo dalaman yang ditandatanganinya.

"Saya terkejut bila saya sendiri mendapati notis itu (tangkapan) yang mengandungi nama dan tanda tangan saya. Jadi saya juga berkongsi kepada semua ketua polis negeri-negeri agar lebih berhati-hati.

Iklan

"Surat itu dipercayai dibawa oleh seseorang untuk diberikan kepada orang yang dikenali atau dikehendaki polis sebagai satu notis khas.

"Saya yakin dan percaya perbuatan ini didakwa dilakukan oleh individu yang menyamar sebagai polis untuk diberikan kepada mangsa,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Iklan

Ramli menjelaskan, notis palsu tersebut dijadikan sebagai dokumen sebenar bagi tujuan penipuan dan ugutan untuk mendapatkan wang.

Tambahnya, notis palsu itu turut mengandungi butiran lengkap seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan, alamat, nombor fail kes serta perlu memperkenalkan diri daripada Ibu pejabat Polis kontijen Pahang.

"Saya yakin dengan keadah menyamar sebagai polis dan menggunakan notis itu membuat tangkapan mampu menakut-nakutkan mangsa yang kononnya mereka akan diberkas.

"Justeru, saya minta orang ramai supaya merujuk kepada balai polis berdekatan, jika menerima sebarang notis penangkapan daripada polis," ujarnya.