SETELAH menyaksikan Tottenham Hotspur tumpas 2-3 kepada Southampton, pengendali skuad The Lilywhites, Antonio Conte mahu kesebelasan pemain meningkatkan lagi kekuatan mental masing-masing dalam usaha menjamin kejayaan pada perlawanan akan datang.
Menurut Conte, sekiranya pemain gagal berbuat demikian, skuad kendaliannya itu pasti akan bergelut pada perlawanan seterusnya dalam usaha meraih tiga mata berharga.
Malah katanya, kekalahan itu agak sukar diterima kerana Spurs telah membuka jaringan selain berjaya mendominasi sebahagian besar perlawanan.
"Saya tidak akan mengulangi perkara ini kerana saya yakin, kita akan berdepan kesukaran untuk meraih tiga mata sekiranya pemain tidak memiliki kekuatan mental dan saya cukup pasti dengan perkara ini.
"Memang benar, kita telah banyak meningkat daripada segi aspek-aspek lain, tetapi kita masih mengulangi kesilapan sama, iaitu dari segi kekuatan mental.
"Sebagai contoh, kita mendahului 2-1 kali ini, tetapi akhirnya kita tewas 2-3, Oleh itu, perkara ini perlu diberikan perhatian agart agar ia tidak berulang lagi pada masa hadapan dan pasukan ini akan terus kekal kompetitif',” katanya.
Pada perlawanan berkenaan, Spurs membuka jaringan hasil gol sendiri pemain Southampton Jan Bednarek pada minit ke-18, sebelum Armando Boja menyamakan kedudukan pada minit ke-23.
Bintang Korea Selantan, Soo Heung-Min kemudiannya menjaringkan gol kedua Spurs pada minit ke-70, namun Mohamed Elyounoussi menyamakan kedudukan buat The Saints pada minit ke-79, sebelum Che Adams menjaringkan gol ketiga yang juga gol kemenangan pada minit ke-82.
Sementara itu Conte berkata, skuad kendaliannya itu tidak seharusnya menanggung kekalahan berkenaan berikutan komitmen dipamerkan kesebelasan pemain sepanjang perlawanan.
"Bagi saya, pemain telah memberikan 120 peratus selain berusaha dengan maksimum, cuma selepas ini mereka perlu terus mengekalkan kestabilan menerusi kekuatan mental bagi memastikan tidak kecewa pada penghujung perlawanan,” katanya.