Peniaga ayam mentah Mohd Razif Ramli, 40, menjual daging ayam di gerainya ketika tinjauan harga dan bekalan ayam di sekitar Hulu Kelang, Kuala Lumpur, hari ini.
Kabinet bersetuju memberikan subsidi 60 sen per kilogram (kg) kepada perternak ayam dengan mengambil kira harga ayam hidup di peringkat ladang sebanyak RM5.90 per kg dan harga runcit ayam bulat standard RM8.90 per kg.
Iklan
Iklan
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam kenyataanya berkata jemaah menteri turut bersetuju memberikan subsidi sebanyak 5 sen bagi setiap biji telur semua jenis kategori.
Tempoh pemberian subsidi adalah mulai 5 Feb hingga 4 Jun depan iaitu sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM). - Foto Bernama
Artikel Berkaitan