KUANTAN - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama lima kru warga asing atas tiga kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.
Bot terbabit ditahan di muara Sungai Kuantan kira-kira jam 5.45 petang pada Rabu oleh anggota bot ronda yang sedang menjalankan rondaan operasi Ops Gelora Bersepadu bersama Jabatan Perikanan Negeri Pahang.