Roketsan sedia bekal peluru berpandu untuk ATM

Iklan
Salah satu peluru berpandu keluaran Roketsan. - Gambar hiasan

ANKARA - Syarikat pengeluaran teknologi roket bagi industri pertahanan Turki, Roketsan sedia membekalkan sistem anti kereta kebal Karaok dan peluru berpandu anti kapal Atmaca bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pengurus Pemasaran Roketsan, Hakan Kabalar berkata, ia berdasarkan maklum balas daripada pihak ATM yang menunjukkan minat bagi memiliki kedua-dua sistem berkenaan.

Iklan
Iklan

Pada masa sama menurutnya, Roketsan berkemampuan memenuhi keperluan tersebut kerana syarikat itu memiliki teknologi terkini berbanding syarikat lain.

"Bagaimanapun pihak kami masih menunggu dan melihat bagaimana perkembangan tender perolehan yang akan dibuka nanti.

Iklan

"Setakat ini urusniaga masih belum diputuskan dan kami hanya tunggu tender perolehan dibuka," katanya kepada delegasi media di ibu pejabat Roketsan yang terletak di sebuah kawasan pergunungan di Ankara.

Hakan Kabalar (tiga dari kanan) bersama pegawai tertinggi Roketsan dalam pertemuan bersama delegasi media Malaysia di ibu pejabat syarikat itu di Ankara.

Roketsan merupakan salah satu syarikat dalam industri pertahanan Turki yang bertanggungjawab memenuhi keperluan roket dan peluru berpandu untuk Angkatan Tentera Turki (TAF) selain melakukan pembangunan serta pengeluaran aset ketenteraan itu untuk pasaran global.

Iklan

Menurut Hakan Kabalar, syarikat itu mempunyai bekerjasama dengan Malaysia untuk membangunkan misil sendiri sebagaimana yang pernah dilaksanakan sebuah syarikat penyelidikan sains dan teknologi bagi pertahanan Malaysia, Stride sebelum ini.

"Kami bersedia untuk bekerjasama dengan pelanggan kami dan cuba untuk bersama serta memahami peralatan yang menjadi keperluan mereka.

"Kerjasama adalah terbuka. Kami faham apa yang berlaku. Ada sebahagian penyelidikan memerlukan penglibatan kerajaan dan industri tempatan serta syarikat pembuatan,” ujarnya.

Sementara itu, delegasi media Malaysia turut dibawa melawat kilang pembuatan pelbagai jenis roket peluru berpandu keluaran syarikat berkenaan dengan sistem keselamatan ketat.

Semua produk yang dihasilkan adalah sepenuhnya menggunakan teknologi terkini dengan kepakaran tempatan.