Air Selangor mula urus perkhidmatan 1 Jun ini

Iklan

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dipertanggungjawab untuk menguruskan perkhidmatan air bermula daripada rawatan hingga pengagihan kepada pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 1 Jun ini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah demikian dalam ucapan baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Sidang DUN Selangor yang ke-14 hari ini.

Iklan
Iklan

Titahnya, baginda berkenan dengan tindakan proaktif, strategik dan terancang yang dilaksanakan kerajaan negeri melalui Pelan Induk Sumber Air Selangor yang dapat menjamin kelangsungan bekalan air sehingga tahun 2065.

"Perjanjian tambahan kepada perjanjian utama berkenaan penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor dengan rasminya disempurnakan oleh kerajaan Malaysia, kerajaan Selangor, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Selangor pada 4 Januari lalu.

Iklan

"Dengan perjanjian tambahan itu, maka segala usaha ke arah menyusun semula industri perkhidmatan bekalan air berjaya diselesaikan dan proses dijangka selesai sepenuhnya pada 31 Mei ini," titahnya.

Turut hadir mencemar duli pada majlis, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Menteri Besar Selangor, Amitudin Shari.

Iklan

Dalam perkembangan sama, Sultan Sharafuddin bertitah supaya kadar penggunaan air domestik di negeri ini dapat diturunkan.

"Beta difahamkan kadar penggunaan air domestik negeri mencatatkan kadar penggunaan lebih tinggi berbanding daripada kadar nasional.

"Sekiranya jumlah ini dapat diturunkan, beta yakin ia boleh menyumbang kepada penjimatan air bersih dan dapat menjamin bekalan sumber air yang berterusan," titahnya.

Selain dari tumpuan kepada menambah baik pengurusan perkhidmatan bekalan air, baginda turut menitahkan kerajaan negeri bersama dengan agensi seperti Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Air Selangor memberi tumpuan mendidik rakyat supaya mereka sedar akan tanggungjawab menghargai air dan tidak menggunakannya dengan sewenang-wenang dan membazir.