Sindiket peras ugut guna video bogel tumpas

Iklan
Kamarul Zaman menunjukkan suspek yang terlibat dengan sindiket ugut dan sebar video lucah.

JOHOR BAHRU - Tiga wanita termasuk dua warga Indonesia dipercayai menjadi dalang sindiket pemerasan melalui panggilan video berunsur lucah ditahan menerusi Op Bugil pada 16 Januari lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, turut ditahan tiga lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia menerusi enam serbuan berasingan yang dijalankan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Iklan
Iklan

Menurutnya, modus operandi digunakan sindiket terbabit adalah dengan mengumpan mangsa kebiasaannya lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun untuk melakukan panggilan video menerusi aplikasi MiChat, WeChat dan juga Whatsapp.

"Mangsa kemudian akan diperdaya untuk berbogel dan melakukan adegan-adegan lucah yang mana perbuatan itu dirakam ahli sindiket.

Iklan

"Sindiket berkenaan kemudiannya akan menggunakan rakaman tersebut untuk mengugut mangsa dengan wang ringgit dan jika tidak dibayar, rakaman berkenaan akan ditularkan di media sosial," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Khamis.

Iklan

Kamarul Zaman menambah hasil daripada tangkapan sindiket terbabit, polis berjaya menyelesaikan 25 kes berkaitan jenayah mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

"Polis menerima sebanyak 368 aduan daripada mangsa melibatkan ugutan penyebaran video bogel dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM485,013 sejak Januari 2021 hingga kini.

"Sehubungan itu, Polis Johor mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan taktik berkenaan agar tidak menjadi sasaran sindiket terbabit.

"Orang awam juga tidak seharusnya membenarkan akaun bank milik mereka digunakan mana-mana pihak ketiga kerana dibimbangi ia diguna dalam aktiviti jenayah," jelasnya.