Kanak-kanak teruja terima vaksin Covid-19

Iklan
Hairi (kiri) bersama anak sulungnya menemani dua anaknya berusia 11 tahun untuk menerima vaksin di (PICKids) di Pusat Pemberian Vakisin (PPV) di Dewan Datuk Ahmad Ithnin, Merlimau Pasir, di sini, pada Khamis.

JASIN - Melihat pengalaman kakak berusia 12 tahun divaksin pada Rabu lalu, seorang kanak-kanak tahun empat teruja datang 'walk in' atau secara terus ke Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di Pusat Pemberian Vakisin (PPV) di Dewan Datuk Ahmad Ithnin, Merlimau Pasir, di sini, pada Khamis.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tedong, Muhammad Nur Iman ismail,10, datang ke PPV itu ditemani ibunya yang juga suri rumah, Siti Nur Baizura Abdullah,36.

Iklan
Iklan

Muhammad Nur Iman berkata, sejak semalam dia begitu teruja dan tidak sabar untuk mendapatkan vaksin dan menggambarkan kesakitan digigit semut lebih sakit berbanding sakit menerima vaksin.

"Saya tengok keadaan kakak biasa sahaja selepas menerima vaksin, walaupun kakak kata tangan sedikit berat dan sakit namun saya faham, itu kesan selepas vaksin.

Iklan

"Jadi saya beritahu mak nak ambil vaksin dan harap ramai rakan-rakan dapat daftar untuk terima vaksin," katanya.

Siti Nur Baizura berkata, dia suami isteri juga telah menerima vaksin dan setakat ini tiada kesan sampingan berpanjangan yang dialami, dan kerana itu dia memberi galakan kepada anak-anak menerima vaksin.

Iklan

"Lagipun di sekolah ramai murid, dan kita pun tak nampak wabak ini, jadi demi keselamatan anak-anak saya bawa mereka ke PPV," katanya.

Hairi Jailani, 45, yang bekerja sendiri berkata, pada mulanya seorang nama anaknya, Muhammad Adiff Farhan Hairi, 11, dipanggil untuk menerima vaksin pada Khamis, namun kerana PPV itu boleh datang terus untuk menerima vaksin, jadi dia turut membawa seorang lagi anak, Muhammad Aliff Firdaus Hairi,11, untuk menerima vaksin.

Menurutnya, sebagai ibu bapa perlu memberi penjelasan kepada anak-anak pentingnya program vaksinasi ini agar mereka tenang dan positif untuk menerima vaksin buat kali pertama.

"Macam saya anak-anak bersetuju untuk menerima vaksin dan harap bila ramai ibu bapa yang membenarkan anak-anak divaksin kita akan dapat kurangkan kes Covid-19 dalam kawasan sekolah," katanya.

Bagi S.Rubini,11, yang juga pelajar tahun lima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Merlimau berkata, dia tidak sabar untuk menerima vaksin memandangkan dua rakan sekelasnya telah menerima vaksin dan memberitahu hanya mengalami sedikit kesakitan sahaja.

"Semalam guru beritahu saya boleh terima vaksin pada Khamis dan saya begitu gembira, balik sekolah terus beritahu mak, M.Valli.

"Kebetulan mak juga nak ambil booster jadi kami datang bersama, walaupun masuk khemah berbeza namun saya tak takut demi kesihatan dan keselamatan," katanya.

Bagi seorang pekerja medan selera, Hii Mei Ching,47, berkata, sudah pasti ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan berharap lebih ramai kanak-kanak yang akan mengambil vaksin demi keselamatan diri sendiri serta pelajar lain.

"Macam saya kerja di tempat awam, saya pun bimbang sekiranya saya membawa wabak itu sebab kita tak nampak.

"Bila anak menerima vaksin dapat mengurang gejala teruk Covid-19 dan harap ibu bapa bersama mendaftarkan anak-anak mereka, jangan takut," katanya.

Dewan PPV itu turut dihiasi ceria dengan belon berwarna-warni, terdapat maskot dan dekorasi menarik bagi merealisasikan (PICKids) di negeri ini.