Khalid nafi berita mesyuarat tanpa PKR

Iklan
Khalid

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan kononnya mesyuarat tertutup diadakan antara DAP dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tanpa wakil daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Rabu.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad berkata, kenyataan yang disiarkan sebuah portal berita itu tidak benar.

Iklan
Iklan

"Tidak betul,” jawabnya ringkas kepada Sinar Harian melalui WhatApps pada Khamis.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Amanah, DAP dan Muda pada Rabu, ketiga-tiga parti berkenaan telah mengadakan rundingan untuk pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Iklan

Rundingan antara Muda dan PKR pula diteruskan sebagai persediaan PRN kali ini.

Iklan