Kelibat ibu Tarrant dilihat buat pertama kali

Iklan
Ibu Tarrant, Sharon dilihat buat kali pertama di luar rumahnya di Grafton, Australia.

SYDNEY - AUSTRALIA. Sharon Tarrant, ibu kepada pengganas kulit putih yang membunuh 50 jemaah masjid di Christchurch, New Zealand dilihat buat kali pertama di luar rumahnya di Grafton, hari ini.

Dalam inisiden minggu lalu, Brenton Tarrant menyasarkan dua masjid ketika jemaah bersiap sedia menunaikan solat Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurut teman lelakinya, Gerald Tony, Sharon sukar mempercayai tindakan Tarrant dan masih keliru dengan apa yang berlaku.

Katanya lagi, Sharon dan kakak Tarrant, Lauren kini ditempatkan di lokasi rahsia bagi mengelak mereka menjadi mangsa balas dendam.

Iklan

Tambahnya, Sharon tidak bercadang terbang ke New Zealand bagi berjumpa atau menuntut jawapan atas tindakan gila anaknya.

"Saya benci tindakan Brenton. Secara peribadi, saya menolak keganasan yang dilakukannya" katanya.

Iklan

Semasa serangan berlaku, Sharon sedang mengajar subjek Bahasa Inggeris di Sekolah Tinggi Maclean.

Katanya lagi, Sharon turut mengutuk perbuatan anaknya dan turut bersimpati dengan keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut.

Setakat ini, angka kematian kekal 50 orang manakala 11 lagi kritikal. - DailyMail