PRN Johor: Pejuang umum calon dua hari sebelum penamaan

Iklan
Mukhriz (tengah) pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Jentera PRN Johor di sini pada Khamis.

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Senarai calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan diumumkan sepenuhnya pada 24 Februari ini.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, parti tidak mahu mendedahkan terlalu awal nama-nama calon yang bakal bertanding.

Iklan
Iklan

"Kita akan umum dua hari sebelum penamaan calon, akan ada majlis pengenalan calon dan kita akan dapat lihat nisbah lelaki, wanita, orang lama atau muda.

"Yang pastinya, calon yang akan diperkenalkan nanti mestilah calon bersih, cekap dan amanah, Mereka ini juga akan menjalani ujian psikometrik bagi menunjukkan kesungguhan untuk menampilkan calon terbaik dan berintegriti," katanya.

Iklan
mukhriz

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jentera bagi Menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor di Taman Universiti di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Mukhriz turut mengesahkan parti mempunyai keyakinan dan akan bertanding bagi 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Iklan

Mengenai keyakinan parti berkenaan untuk berjuang solo, bekas Menteri Besar Kedah itu menjelaskan bahawa Pejuang perlu melangkah dengan yakin walaupun parti baharu itu sedikit terkebelakang.

"Dalam waktu yang sama, ada sejumlah pengundi yang masih di atas pagar, jadi kalau kita berjaya untuk meyakinkan mereka, saya rasa ada peluang," ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan Pejuang tidak akan meletakan calon mereka di bawah lambang Pakatan Harapan (PH) pada PRN Johor serta tidak akan menubuhkan sebarang gabungan.