Covid-19: Labuan catat kadar kebolehjangkitan melebihi 2.0

Iklan
Malaysia turut mencatatkan kadar Rt tertinggi sejak bermulanya pandemik dengan nilai 1.51 direkodkan pada Khamis berbanding 1.47 pada Rabu. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Labuan mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 tertinggi dengan nilai 2.17 direkodkan pada Khamis.

Menerusi infografik dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Facebook miliknya pada Jumaat, Malaysia turut mencatatkan kadar Rt tertinggi sejak bermulanya pandemik dengan nilai 1.51 direkodkan pada Khamis berbanding 1.47 pada Rabu.

Iklan
Iklan

Data itu menunjukkan semua negeri melepasi kadar Rt 1.0 dengan Sarawak dan Sabah merekodkan kadar tertinggi selepas Labuan iaitu masing-masing 1.9 dan 1.68.

Ia diikuti dengan Perlis mencatatkan 1.55, Putrajaya (1.45), Terengganu (1.42), Kedah (1.41), Pulau Pinang (1.39), manakala Johor dan Kelantan masing-masing 1.36.

Iklan

Dalam pada itu, negeri lain yang melepasi nilai Rt 1.0 pula ialah Selangor dengan 1.29 disusuli Negeri Sembilan (1.26), Perak (1.25), Melaka (1.24) dan Kuala Lumpur (1.23).

Pada Khamis, Malaysia terus merekodkan peningkatan mendadak dalam penularan baharu Covid-19 dengan 19,090 kes dilaporkan.

Iklan