Saya sudah beri amaran inflasi: Najib

Iklan
Najib

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa telah berulang kali memberi amaran bahawa inflasi akan menjadi masalah besar kepada negara.

Najib menerusi hantaran di Facebook beliau pada Jumaat berkata, langkah-langkah dan dasar proaktif perlu dilaksanakan untuk meredakan tekanan serta menstabilkan harga untuk jangka pendek terutama membabitkan makanan.

Iklan
Iklan

"Semalam, Amerika Syarikat (AS) umum kadar inflasi negara tersebut naik ke 7.5 peratus, kadar paling tinggi sejak 40 tahun lalu. Ini berikutan United Kingdom (UK) juga catat inflasi tertinggi sejak 30 tahun lalu.

"AS dan UK tidak ada UMNO mahupun Barisan Nasional (BN), jadi tak perlulah pihak sebelah sana nak buat propaganda bahawa harga akan naik bawah UMNO dan BN,” katanya.

Iklan

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, kadar inflasi dunia yang naik secara mendadak disebabkan sekatan pergerakan atau ‘lockdown’ yang dilaksanakan di seluruh dunia susulan pandemik Covid-19.

"Kenapa inflasi dunia tiba-tiba naik bukan susah untuk faham. Lockdown yang dibuat seluruh dunia pada tahun 2020 dan 2021 telah halang pengeluaran bagi semua jenis komoditi.

Iklan

"Akibatnya, stok bekalan dan stok turun. Apabila aktiviti ekonomi dibuka semula dan pengguna berebut-rebut membeli semula maka, permintaan naik mencanak," jelasnya.

Tambah Najib, dalam dasar asas ekonomi, permintaan yang meningkat ketika stok berkurangan menyebabkan harga barang naik dan inflasi mencanak.

Najib sebelum ini dilihat antara individu yang lantang bersuara terutama mengenai isu kenaikan harga barang yang semakin meresahkan rakyat.