Kemenangan bantu Liverpool buru takhta EPL

Iklan
Jota meraikan jaringannya pada perlawanan berkenaan. - Foto Daily Mirror

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan kemenangan 2-0 ke atas Leicester City pada Jumaat bakal memudahkan tugas The Reds dalam misi merampas teraju Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Manchester City.

Menurutnya, perbezaan sembilan mata selain memiliki kelebihan satu perlawanan dilihat mampu membantu misi berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pertamanya sudah tentu saya gembira dengan kemenangan ini kerana sekurang-kurangnya ia membantu merapatkan lagi jurang mata dengan pendulu, City.

"Bagaimanapun, kita tidak akan mengambil mudah atau berasa selesa atas kemenangan berkenaan.

Iklan

"Ini kerana, kita akan tetap akan memberikan yang terbaik pada perlawanan-perlawanan akan datang dalam usaha menjamin kejayaan yang berterusan,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Diogo Jota muncul wira The Reds apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ke-34 dan 87 bagi mengesahkan kemenangan pasukan.

Iklan

Mengulas mengenai prestasi keseluruhan Liverpool, Klopp berkata, kesebelasan pemain telah memberikan aksi terbaik pada perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun kataaya, The Reds seharusnya menang dengan jaringan lebih besar sekiranya deretan peluang yang diperolehi berjaya disempurnakan jentera serangan pasukan.

"Malam ini saya saksikan aksi-aksi terbaik dalam sukan bola sepak, namun adakalanya saya berharap untuk mendominasi perlawanan lebih lama dan menjaringkan lebih banyak gol.

"Namun akhirnya kami hanya mampu menjaringkan dua gol dan itu sudah cukup memadai,” katanya.