Mengapa Afghanistan ditakuti, Israel dinormalisasi

Iklan
Abdul Hadi

SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan semua kuasa besar yang menyerang Afghanistan dengan segala persenjataan canggih telah membunuh tanpa sempadan dan pilihan termasuk golongan kanak-kanak, wanita dan orang tua, kononnya atas nama keamanan dunia.

Beliau berkata, rakyat Afghanistan yang bersenjata kecil menembak tentera penceroboh bagi mempertahankan agama, bangsa dan tanah airnya pula, dilabel sebagai pengganas.

Iklan
Iklan

"Perjuangan rakyat Afghanistan memerdekakan tanah air mereka daripada penjajah yang datang menceroboh dan menakluk negara mereka, tidak diterima.

"Hal ini demikian kerana, mereka telah mengisytiharkan Islam sebagai dasar dan sistem negaranya,” katanya menerusi hantaran 'Minda Presiden Pas' di Facebook miliknya pada Jumaat.

Iklan

Menurut Abdul Hadi, sebaliknya, jika bukan Islam menjadi dasarnya sudah pasti boleh diterima walau apa sahaja dasar yang lain, sama ada liberal kapitalis sehinggalah komunis dan diktator.

Bagaimanapun, jenama Islam wajib ditolak sekalipun melalui proses dalam kerangka sistem demokrasi.

Iklan

Jelasnya lagi, kalau bukan dasar Islam yang sebenar diamalkan, semuanya boleh diterima dengan mudah.

"Negara haram Israel ditubuhkan setelah tanah dirompak daripada penduduk asalnya di bumi Palestin. Haramnya negara Israel masih boleh diadakan normalisasi,” ujarnya.