Skuad B-23 diharap berikan aksi terbaik

Iklan
Hamidin (kiri), memberikan kata-kata semangat kepada skuad B-23 pada aksi persahabatan berkenaan. - Foto FB FAM

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mahu skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan memberikan aksi terbaik pada kejuaraan B-23 AFF 2-22 di Phnom Penh, Kemboja, mulai 14 hingga 26 Februari ini.

Menurut Hamidin, skuad kendalian Brad Maloney itu diharap dapat meraih keputusan yang baik ketika beraksi pada kejohanan berprestij berkenan.

Iklan
Iklan

"Skuad ke Phnom Penh ini merupakan gabungan pemain-pemain yang berada dalam skuad negara ketika Kelayakan Piala Asia B-23 AFC 2022 di Mongolia, Oktober lalu dan menampilkan juga ramai muka baharu yang dipanggil kali ini.

"Jadi saya mahu mereka ini memberikan persembahan yang terbaik di sana supaya kita dapat keputusan yang baik nanti,” katanya.

Iklan

Hamidin berkata demikian setelah menyaksikan aksi persahabatan terakhir skuad B-23 berdepan KL City FC, di Padang Kompleks PKNS, pada Khamis yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Sementara itu, Hamidin berkata, pihaknya percaya skuad B-23 negara mampu meraih keputusan terbaik pada AFF B-23 kali ini.

Iklan

"Saya percaya jika mereka bermain dengan ikhlas dan sepenuh hati serta penuh bersemangat, kita mampu untuk meraih keputusan baik pada ketiga-tiga perlawanan tersebut dan seterusnya layak ke separuh akhir.

"Selamat berangkat ke Phnom Penh kepada semua pemain, jaga diri dan juga kesihatan, semoga selamat pulang ke tanah air dengan kejayaan. Sama-sama kita semua di tanah air ini mendoakan pasukan kita,” katanya.

Untuk rekod, skuad B-23 negara telah pun berlepas ke Phnom Penh, Kemboja pada Jumaat bagi membawa cabaran negara pada kejuaraan dwi tahunan berkenaan.

Urusan penerbangan skuad muda negara itu telah diuruskan oleh syarikat penerbangan Malaysia (MAB), yang juga Rakan Penerbagangan Rasmi FAM.