WASHINGTON - Amerika Syarikat sekali lagi menggesa rakyatnya meninggalkan Ukraine dengan kadar segera berikutan dakwaan ancaman tindakan ketenteraan Rusia, kata Jabatan Negara AS dalam satu panduan perjalanan, lapor Sputnik.
"Hentikan perjalanan ke Ukraine kerana ancaman tindakan ketenteraan Rusia dan Covid-19 semakin meningkat; mereka yang berada di Ukraine harus keluar sekarang melalui penerbangan komersial atau persendirian.